Cara Semak Berapa Juta Dah Korang Habiskan Dekat Shopee

Pernah tak korang terfikir, yang selama ni berapa banyak yang korang belanjakan dekat Shopee, app online shopping paling berhantu dalam sejarah manusia?

Kredit: The Edge Market

Okey, korang tahu tak instead on pergi kira secara manual berapa korang dah habiskan dekat Shopee tu, korang boleh kira dengan mudah je guna cara dekat bawah ni. Komputer yang akan kirakan untuk korang.

1. Pergi copy dulu kod dekat sini: https://github.com/epool86/calculateshopee/blob/main/calculate.js

2. Pergi dekat akaun Shopee korang dan klik dekat bahagian My Purchase atau Pembelian Saya.

3. Right click dan tekan Inspect.

4. Pergi dekat tab Console dan masukkan kod yang korang copy tadi dan tekan Enter.

5. Tunggu kejap beberapa saat dan dekat bawah sekali ada disenaraikan total pembelian korang selama ni.

So, berapa banyak yang korang dah laburkan dekat Shopee? Insaf ke tidak tengok jumlah tu?? Dah tu, ayuhlah kita tobat geng. Menangis kepiluan tengok total tu.

 *uninstall Shopee*

Sumber: Amanz

Kredit gambar utama: Shopee PH

Read Previous

Tak Tahan Kena Sidai, Abam Panda Masuk Dapur Settle Order

Read Next

Dari WFH Ke WFO, Amacam Dah Ready?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *