Tak Tahan Kena Sidai, Abam Panda Masuk Dapur Settle Order

Dalam kehidupan sebagai rider, mesti selalu berdepan dengan situasi kena sidai yang mana terpaksa tunggu lama untuk pihak vendor siapkan order.

Kalau luck okey, paling lama kena sidai pun mungkin 10 minit, Tapi kalau luck tak okey, mungkin boleh juga sampai sejam. Padahal dalam sejam tu, banyak job boleh ambil lagi.

Sebab tu lah ada yang sampai rela masuk dapur sendiri settle order yang ada. Mungkin sebab tak tahan kena sidai kot.

Macam abang rider foodpanda ni. rileks je dia tebar roti canai dekat satu restoran ni yang nampak macam kekurangan pekerja tapi ada beberapa rider yang tunggu nak pickup order.

Gaya tebar macam memang dah ada pengalaman, yang penting muka selamba macam itu kedai dia tu paling win.

Kalau tengok dekat komen, memang ramai yang terhibur dengan gelagat abang panda ni. Ayang buat spekulasi yang mungkin tu restoran kawan dia kot, tu yang rileks je turun padang.

Tapi memang respect la dengan abang panda ni. Sebab banyak dah CT tengok skill dorang memang power. Macam yang hari tu, abang panda pun ada phD kau. CT pun tak mampu nak multi-tasking macam tu.

Btw, kalau macam ni. Kiranya status dekat app nanti akan bertukar dari ‘your restaurant are preparing your food’ kepada ‘your rider are preparing your food’ la kan?

Kredit: @broarifffff

Read Previous

Sempoi Je Papa Megah Holdings Buat Comeback Dekat TikTok

Read Next

Cara Semak Berapa Juta Dah Korang Habiskan Dekat Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *