Sempoi Je Papa Megah Holdings Buat Comeback Dekat TikTok

Siapa je tak kenal dengan Papa Megah Holdings kan?

Sembang bisnes juta-juta, watak orang-orang korporat, CT akuilah yang Mustapha Kamal ni masih lagi laku dalam industri drama & filem tanah air. 

 Sebabkan wataknya sebagai orang kayalah itulah yang buatkan gelaran Papa Megah Holdings tu melekat sampai sekarang.

Baru-baru ni Papa Megah Holdings buat comeback tau dekat TikTok @pojanahayat. Bila diminta 1 juta, papa rileks sempoi je layan kehendak peminat dia. 

Kalau korang nak tahu, Mustapha Kamal pun dah ada akuan TikTok sendiri tau: @mustaphakamaal. Korang boleh followlah beliau untuk tengok macam mana papa sembang bisnes juta-juta.

Dan dalam TikTok tu memang in character betul. Siap sembang meeting dengan Putera Arab Saudi untuk bina hotel 8 bintang lagi tu.

Korang dah follo belum TikTok papa? Kalau belum, followlah. Manalah tahu kot papa nak buat giveaway juta-juta ke kan. Boleh join. ;p

Read Previous

Gelagat Mat Salih Sempoi Pakai Kain Batik Masa Meeting Curi Perhatian Netizen

Read Next

Tak Tahan Kena Sidai, Abam Panda Masuk Dapur Settle Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *