Gelagat Mat Salih Sempoi Pakai Kain Batik Masa Meeting Curi Perhatian Netizen

Bila dah bekerja dalam norma baru ni, tak dinafikan ada je yang hadir online meeting dengan pakaian di bahagian atas terlihat formal, tapi bila tiba bahagian bawah memang kelaut jadinya.

Cuma baru-baru satu video TikTok berjaya curi perhatian netizen Asia Tenggara dengan OOTD mat salih ni @kevinolearytv berzoom meeting. Atas elok je berkemeja siap kot dan tali leher, tapi bila pandang ke bawah, rileks je beliau pakai kain batik.

Sudahlah corak pun macam corak kain batik lejen mak mak kita tau.

Ramailah yang teruja sebab jarang nampak mat salih OOTD bawah dengan kain batik. Biasanya boxer atau seluar tidur je. 

Kalau korang nak tahu, individu ni bukan orang biasa-biasa tau. Kevin O’Leary ni seorang bisnesman yang pernah join reality show Shark Tank sebagai pelabur. So macam rare jugaklah kan?

Yang tambah kelakar bila komen tu ramai yang cakap macam kain batik yang mak dorang ada je.Nak pulak biasanya kain batik ni orang perempuan je pakai, yang lelaki pakai kain pelikat yang lubangnya lebih luas.

Tapi dah dia dah selesa yang itu, nak buat macam mana lagi kan?

Kredit: @kevinolearytv

Read Previous

Ini Punca Kassim Selamat & Sabariah Jatuh Miskin, Ada Babak Kena Potong Rupanya

Read Next

Sempoi Je Papa Megah Holdings Buat Comeback Dekat TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *