Ini Punca Kassim Selamat & Sabariah Jatuh Miskin, Ada Babak Kena Potong Rupanya

Sebut je filem P.Ramlee, antara yang femes dan dikenali ramai ialah filem Ibu Mertua-ku.Dengan watak Nyonya Mansor yang garang, Kassim Selamat dan Sabariah, cukup menghiburkan dan dalam masa sama beri pengajaran jugak.

Tapi korang perasan tak yang filem Ibu Mertua-ku tu macam tergantung sikit? Bukan dengan penghujung tapi dekat bahagian yang Kassim Selamat & Sabariah kembali miskin tu?

Ramai yang tak tahu apa punca Kassim Selamat & Sabariah jadi miskin walaupun sebelum keduanya dihalau keluar dari rumah, Nyonya Mansor dah bagi duit RM5,000.

Okey, meh CT nak story sikit.

Dekat TikTok hari tu, CT ternampaklah ada orang share yang rupanya ada babak dah dipotong sebab tak sesuai untuk tontonan umum, iaitu babak berjudi.

Rupanya si Kassim Selamat & Sabariah ni lepas je keluar dorang ada berjudi dalam lumba kuda. Tapi mungkin dorang kalah dan habislah lebur duit yang ada.

Nah korang boleh tengok babak yang dah dipotong tu dekat sini: @coyot_

Raja Lepak

Read Previous

Beli Patung Babi Sebab Comel, Lastnya Jadi Keli Tanpa Gigi

Read Next

Gelagat Mat Salih Sempoi Pakai Kain Batik Masa Meeting Curi Perhatian Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *