Beli Patung Babi Sebab Comel, Lastnya Jadi Keli Tanpa Gigi

Orang perempuan ni memang, pantang nampak benda comel memang siaplah dia bawa balik rumah. Biasanya kalau ke Daiso ke Kaison ke, jaranglah tak bawa keluar sekor anak patung.

Tapilah kan, CT nak tanya korang setuju tak kalau CT kata dalam banyak-banyak anak patung, biasanya anak patung babi adalah antara yang tercomel. Dengan warna pink dia tu, lepas tu badan gebu gebu, sedap betul nak peluk.

Cuma tulah, bila bawa balik, confirm mak mak tak berkenan. Macam yang berlaku dekat gadis @qisnaa ni. Beli patung babi, lastnya jadi keli tanpa gigi.

Sebab bawa balik rumah, maknya geram tengok. Habis dicantasnya hidung babi tu. Tu yang terus jadi keli. 

Tapi kan korang, CT rasa mak dia okey lagi tau. Kalau mak CT memang terus jadi abu jelah. Dicampaknya terus dalam api, tak ada kompromi. Kata dia dalam banyak-banyak haiwan yang comel, babi jugak yang nak dipilihnya. 

Itulah makan dia. Kalau mak-mak kan memang tak suka, janganlah nak buat jugak. Memang mendapatlah kan? HAHA.Tapi video ni memang menghiburkan. Sampai sekarang dah 2 juta lebih orang tonton. Kau @qisnaa memang saja cari pasal. HAHA.

Read Previous

Geram Banyak Duit Habis, Lelaki Tekad Bakar Kereta

Read Next

Ini Punca Kassim Selamat & Sabariah Jatuh Miskin, Ada Babak Kena Potong Rupanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *