Geram Banyak Duit Habis, Lelaki Tekad Bakar Kereta

Kereta kalau dah rosak, memang bukan puluh puluh yang terpaksa dikeluarkan. Tapi kadang tu boleh cecah sampai ratus ratus ke ribulah. Kalau tengah sesak, memang mau botak kepala memikirkannya.

Samalah macam kes ni kot. Serabut sangat kereta rosak, sampai sanggup bakar kereta sendiri dekat depan lama rumahnya.

Viral dekat TikTok @abejebat5145, video kereta dibakar yang dirakam dari status WhatsApp mungkin. Memang dia bakar betul korang, bukan gimik ke apa tau.

Tapi kalau dekat komen tu ramailah yang tak setuju dengan tindakan lelaki tu sebab benda tu mungkinlah puaskan hati dia sendiri. Tapi menyusahkan orang lain macam bomba sebab kena padamkan kebakaran.

Udara tercemar, malah mungkin boleh sebabkan kemalangan yang lain.

Mungkin kalau bengang sangat, tak payahlah sampai bakar. Pergi je tolak dekat kedai/bengkel. Senang cerita.

Kan?

Sumber: @abejebat5145

Read Previous

Netizen Teruja First Time Salesman Review Van Jenazah

Read Next

Beli Patung Babi Sebab Comel, Lastnya Jadi Keli Tanpa Gigi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *