Sebab Sayang Sangat, Bantal Busuk Jadi Tetamu VIP Majlis Perkahwinan

Majlis kawin adalah majlis yang kita nak share momen-momen bersejarah dengan family dan kawan-kawan. Kalau tak ada dorang ni rasa tak meriah pulak kan? Sebab momen gembira kan perlu dikongsi bersama.

Tapi seorang pengantin wanita ni lain tau level dia. Dia bawa bantal busuk dia datang sekali sebagai tetamu. Seat pulak bukan kaleng-kaleng gais. Dia siap bagi seat VIP lagi tu.

Dalam satu status di Twitter @mammothjiro, pengantin tu share lah yang dia dah anggap bantal busuknya iaitu seketul dinasor macam ahli keluarganya sendiri. 

Dan semestinya itu tak dipersetujui maknya. Yelah, kau dah kenapa bawak bantal busuk datang sini kan? Tapi dia tak heran pun. Dan dia tetap cakap nak patung dinasor tu ada dekat seat VIP dan tengok majlis perkahwinan dia.

Photographer pun terhibur dengan gelagat wanita tu sempatlah rakam beberapa momen anak patung tu duduk dekat seat VIP.

Korang tu sebelum kawin, cuba risik risik sikit partner korang ada ke bantal busuk? Kalau ada, sejauh mana sayang dia dekat bantal tu. Jangan nanti nak nikah, tetiba je ada dekat sebelah kadi. Mau pengsan kadi tengok bantal busuk siap pakej air liur basi tu ada kat sebelah dia.

Kredit gambar: @mammothjiro

Raja Lepak

Read Previous

Kepala Orang Hadiah Dari Kartel Dadah Rai Ketua Polis Baru Mexico

Read Next

Memang Tak Ada Belas Kasihan, Pembunuh Bersiri Bukan Takat Rogol & Bunuh Tapi Siap Korek Mata Mangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *