Sekarang ni memang in trend betul selebriti yang berwajah cantik di kaca TV, terutamanya dari negara Korea dan China.
Imej gominam selebriti lelaki ni kadang-kadang bukan sekadar tampan, tapi kadang-kadang cantik dia sampai lebh cantik dan ayu daripada selebriti wanita yang ada.
Tapi lepas ni, selebriti lelaki dengan wajah ayu tak lagi dibenarkan untuk keluar TV sejak China keluarkan undang-undang baru, lelaki yang nampak ayu tak dibenarkan untuk keluar TV dan mungkin akan terus digam daripada industri hiburan sana.
Undang-undang ni ditubuhkan selaras dengan matlamat kerajaan yang nak jadikan China sebagai negara terkuat bukan je dalam bisnes, tapi jua sekolah, budaya dan agama.
Tak terbayang CT nanti macam manalah dorang bila ubah imej.
Kredit gambar utama: The Times