Toyol Jadian Pakai Seluar Dalam Curi Tabung Masjid

Bila sebut pasal toyol, memang kita tahu perangai makhluk hijau botak ni sinonim sangat dengan mencuri. 

Tapi yang baru-baru ni viral kejadian toyol jadian yang cuba curi tabung masjid cuma yang membezakannya dorang tak berwarna hijau dan botak. Cuma berseluar dalam je.

Kejadian berlaku dekat Indonesia yang mana rakaman CCTV @fakta.indo berjaya rakam aktiviti keduanya yang memakai pelitup muka dan berseluar dalam sedang bergerak ke tabung majid dang membawa keluar tabung masjid tu.

Mungkin dorang tak nak dicam dengan pakaian kot, tu yang masing-masing berseluar dalam je. 

Atau mungkin juga dia sedang dalam proses trial ilmu toyol yang mana salah satu syaratnya kena berseluar dalam. Mungkinlah, mungkin.

Kalau betul, memang dia ni menuntut tak habis. Masa cikgu ajar dia tidur, bila nak dipraktikkan yang diingatnya cuba kena pakai seluar dalam je.

Setakat ni pun, pihak berkuasa kata masih belum temui siapa pelakunya. Jumlah kerugian pun masih belum diketahui.

Semoga dapatlah ditangkap pelakunya walaupun hanya berseluar dalam.

Apa-apa pun, dorang berdua ni memang menghiburkan betullah.

Raja Lepak

Read Previous

China Mula Haramkan Selebriti Lelaki Keluar TV Dengan Imej ‘Feminim’

Read Next

Gelagat Pesakit Menjerit Ingatkan Staf Pakai PPE Pocong Bikin Geli Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *