Gelagat Pesakit Menjerit Ingatkan Staf Pakai PPE Pocong Bikin Geli Hati

Selalu hospital sinonim dengan hantu dan kejadian kejadian seram kan? Jadi bila yang penakut macam CT ni bila masuk hospital memang akan rasa insecure sebab masa tu akan terbayanglah segala mak nenek cerita seram yang ada.

Mungkin pesakit dalam video yang CT nak share ni pun rasakan benda yang sama. 

Dari rakaman CCTV boleh nampak yang pesakit tu memang takut betul sampai menjerit macam apa bila staf berPPE ni datang dekat beliau. Sampai pesakit dekat katil sebelah yang pakai bantuan oksigen pun sama terkejut.

Nampak macam jenuh jugaklah staff tu nak tenangkan pesakit yang terkejut plus takut tu.

Bila staf yang lain datang untuk tengok apa yang jadi, boleh nampak masing-masing terhibur dengan gelagat pesakit tu.

Ada orang kata kenapalah staff tu tak buka lampu dulu. Hmm mungkin sebab takut mengganggu kot, tu yang dia senyap senyap je.

Kalau korang kat situasi tu, apa agaknya reaksi korang?

Video: AMAR

Read Previous

Toyol Jadian Pakai Seluar Dalam Curi Tabung Masjid

Read Next

‘Donut Ni Sama Gemuk Macam Kita’, Gelagat Budak Sentap Bila Mak Gelak Bikin Ketawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *