Menara Tergantung Pertama Di Dunia Akan Dibina Di Dubai?

Korang ingat tak, sebelum ni CT ada share pasal harga mamak dekat Dubai yang boleh buat belanja sampai satu kedai?

Kalau korang belum baca, bolehlah baca dekat: Harga Mamak Dekat Dubai Boleh Buat Belanja Satu Kedai

Hari ni sis nak share pasal kisah Dubai yang berencana nak bina menara tergantung dekat langit. Dah macam filem sains fiksyen pulak bila terbaca berita tu. Dengar macam tak logik, tapi siapa tahu kan?

Mungkin sebelum ni kita macam tak percaya dalam dunia ni boleh adanya bangunan dengan tinggi hampir 300 meter. Tapi Dubai tetap mampu cipta bangunan pencakar langit tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa.

Jadi macam tak mustahil untuk bangunan pencakar langit terapung ni mampu direalisasikan.

Dikenali sebagai Menara Analemma, rekaannya diperkenalkan oleh sebuah syarikat arkitek di New York, Clouds AO sejak 5 tahun lepas lagi. Yang mengejutkan orang ramai bila bangunan ni dikata bukan dibina dekat atas tanah tapi akan digantung dekat asteroid yang terapung.

Nak dapatkan asteroid tu pulak, NASA dah pun jadualkan misi untuk tangkap asteroid tu tahun ni lepas Agensi Ruang Angkasa Eropah berjaya buktikan kebolehan mendarat atas komet bergerak pada 2015.

Lagi menarik bila bangunan ni dikatakan akan berputar dalam angka lapan setiap hari sebelum kembali ke tempat asalnya di Dubai.

Dalam bangunan tu, dah macam ada penempatan sebab bukan je tempat tinggal, tapi ada juga ruang pejabat, ruang ibadah dan macam-macam lagi.

Korang rasa kalau berjaya, kompem yang duduk dekat bangunan ni layak dipanggil kayangan sebab duduk di ruang udara dan juga mampu untuk bayar sewa di sana.

Kredit imej: Clouds AO

Raja Lepak

Read Previous

Seronok Tukar Tragedi, Gadis Maut Tertelan Muntah Sendiri Masa Naik Kamikaze

Read Next

China Mula Haramkan Selebriti Lelaki Keluar TV Dengan Imej ‘Feminim’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *