Seronok Tukar Tragedi, Gadis Maut Tertelan Muntah Sendiri Masa Naik Kamikaze

Pergi theme park ni, benda paling best ialah kau boleh jerit tanpa siapa pun peduli masa naik segala jenis permainan yang ada. Memang kalau stress, boleh hilang stress dibuatnya.

Tapi nak tanyalah, kalau korang ke theme park, permainan apa yang korang suka? Yang level beginner, medium atau pun extreme.

kalau korang pergi yang ekstrem, ni CT nak pesan sikit supaya sentiasa hati-hati. Sebab baru ni ada kes orang meninggal sebab tertelan muntah sendiri masa naik permainan Kamikaze dekat Turki.

Zeynep Gunay, 19 tahun dikatakan meninggal disebabkan muntah yang menghalang saluran pernafasannya.

Kata keluarga Zeynep, dorang dah nampak yang Zeynep macam dalam kesusahan dan minta pengendali permainan tu untuk hentikan permainan tetapi tak dipedulikan. Walaupun permintaan tu berulang-ulan kali.

Gambar terakhir Zeynep bersama saudaranya sebelum permainan dimulakan.

Bila permainan terhenti, Zeynep didapati tak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas sampai ke hospital.

Seram pulak nak naik lepas ni.   

Salam takziah kepada keluarga Zeynep. Moga Zeynep ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Raja Lepak

Read Previous

Volunteer Nak Dijangkiti Varian Delta Akan Dibayar RM25 Ribu

Read Next

Menara Tergantung Pertama Di Dunia Akan Dibina Di Dubai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *