HONOR Malaysia memperkenalkan HONOR Watch 6, jam tangan pintar baharu yang memfokuskan kepada rekaan premium, ketahanan bateri yang panjang serta ciri kecergasan yang lebih lengkap seperti sokongan untuk bacaan kadar denyutan jantung, menjejaki data aktiviti sukan dan pemantauan sistem kesihatan.

HONOR Watch 6 hadir dalam dua pilihan iaitu Twilight Brown dengan badan keluli tahan karat 316L dan Shadow Black yang menggunakan badan aloi aluminium dengan kemasan seakan titanium. Jam tangan ini juga mempunyai rekaan nipis dengan berat sekitar 41 gram untuk keselesaan penggunaan harian.

Ia dilengkapi bateri 980mAh yang mampu bertahan sehingga 35 hari dalam mod penggunaan jangka hayat bateri yang panjang atau sehingga 42 jam dengan mod GPS diaktifkan. Skrin Hybrid LTPS 1.46 inci turut menawarkan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits bagi memastikan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari.
Untuk kecergasan pula, HONOR Watch 6 menyokong lebih daripada 120 mod sukan, termasuk mod profesional untuk badminton dan bola sepak. Selain itu, ia juga menyokong pengukuran jarak 3D bagi aktiviti seperti berbasikal dan pendakian. Ia turut dilengkapi Intelligent Sense System untuk pemantauan kesihatan yang lebih tepat seperti kadar denyutan jantung, tahap tekanan dan status tenaga badan.


Di Malaysia, HONOR Watch 6 dijual pada harga RM699 bagi warna Shadow Black manakala warna Twilight Brown ditawarkan pada harga RM799.