Harga Mamak Dekat Dubai Boleh Buat Belanja Satu Kedai

Dalam banyak-banyak kedai lepak dekat Malaysia ni, entah kenapalah kan mamak adalah salah satu kedai wajib kunjung. Sebab feel lepak mamak dengan lepak kedai dalam mall, beza gila.

Setuju tak?

Hari tu adalah viral satu video yang mana @irfan.khairi share lah dia makan sarapan dekat kedai mamak Dubai. Makan benda biasa, tapi harga dia fuh. Bawak dekat mamak Malaysia, boleh belanja satu kedai makan tu.

Tak dinafikan, mungkin salah satu sebabnya adalah kerana kos sara hidup yang tinggi. Matawang dorang pun lagi besar daripada mata wang kita. Jadi memang mahallah kalau nak convert ke MYR.

Makan maggi goreng, cendol, rojak, teh tarik je dah boleh cecah sampai RM500 lebih. Paling terkejut, korang tengoklah harga cendol dia semangkuk sampai RM28 lebih tau. Kita kat Malaysia ni, RM28 tu boleh dapat 7 mangkuk tau.

Kalau korang tengok dekat komen ada yang cakap, lepas ni kalau ke Dubai, tiba-tiba rindu makanan mamak Malaysia terpaksa tahan sampai balik Malaysia sebab harga yang dibayar terasa tak sanggup nak menengoknya.

Raja Lepak

Read Previous

Wanita Dedah Behind The Scene Klip Terbang Kejar Suami Buat Ramai Kagum

Read Next

Panik Kena Kejar Anjing, Rider foodpanda Terbabas Rempuh Pagar Rumah Orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *