Salah Anggap Kelonggaran ‘Aktiviti Permotoran’ Buat Kumpulan Konvoi Ini Kena Kompaun

Sebab kadar vaksinasi negara Malaysia dah semakin laju, maka banyaklah sektor ekonomi dan sosial dibuka untuk merancakkan semula aktiviti ekonomi negara selain daripada membolehkan orang ramai untuk beriadah melepaskan tekanan.

Dan antara kelonggaran yang dibenarkan ialah aktiviti permotoran.  Tapi, aktiviti permotoran ni bukan aktiviti ride/konvoi ramai-ramai dengan geng-geng motor yang lain tau. Sebaliknya aktiviti permotoran dekat litar.

Sebabkan salah sangka jugaklah, satu kumpulan konvoi ni kena kompaun lepas ditahan dalam satu roadblock yang dijalankan.

Gambar sekadar contoh. Kredit: Motoqar

Sebabkan beberapa kesalahan dilakukan dalam satu-satu masa, jumlah kompaun yang dikenakan agak besar jugaklah. Dengar kata kena dalam RM5,000 jugak seorang sebab antara kesalahan yang dilakukan termasuklah berkumpul dalam satu kumpulan besar yang mana ia masih tak dibenarkan lagi tau.

Kredit: facebook Rudy Norman

Belum kira lagi kalau ride/konvoi tu rentas daerah. Iyalah Jang, kalau jarak KLCC ke Mid Valley tu bukan ride namanya. 

Kredit: @garage45trading

Korang yang berhasrat nak ride/konvoi tu CT harap ambil pengajaranlah daripada kes ni. Jenuh beb nak cari duit bayar kompaun banyak-banyak tu.

Raja Lepak

Read Previous

‘Jangan Jual Sama Suami Saya,’ Seller G-Shock Sempoi Ikut Permintaan Wanita Ni

Read Next

Berjaya Sekat Cubaan Honda City Tak Nak Bayar Tol, Gelak ‘Syaitan’ Lelaki Ni Buat Netizen Puas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *