‘Jangan Jual Sama Suami Saya,’ Seller G-Shock Sempoi Ikut Permintaan Wanita Ni

Sebut je G-Shock, semua orang tahu yang jam tangan ni memang ada nilai yang tersendiri. Kalau koleksi unik dan rare tu, memang sampai boleh mark up sampai berganda-ganda daripada harga sebenar.

Sebab itulah G-Shock ni ramai pengikut dan penggemarnya.

Macam suami akak ni. Beli G-Shock dari live FB sampai boleh buat koleksi. Tapi yang dia bengangnya, si suami tu tetap pakai yang satu tu je. Padahal banyak je yang lain lagi.

Sampaikan dia terpaksa ‘warning’ seller G-Shock supaya jangan jual dekat suami dia. Siap nama suami lagi disebutnya.

“Jangan jual sama suami saya. Nama dia Zakuan Chor.”

Tapi nasib baik jugak seller sporting. Dia janji yang dia tak akan jual dekat suami akak tu. Ini kalau seller pun ingkar, alamatnya suami akak ni maybe berdepan hukuman tidur luar selama seminggu.

Yelah, suami memang beli beras. Tapi yang masak supaya jadi nasi tu isteri. Macam tu.

Raja Lepak

Read Previous

Panik Kena Kejar Anjing, Rider foodpanda Terbabas Rempuh Pagar Rumah Orang

Read Next

Salah Anggap Kelonggaran ‘Aktiviti Permotoran’ Buat Kumpulan Konvoi Ini Kena Kompaun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *