Berjaya Sekat Cubaan Honda City Tak Nak Bayar Tol, Gelak ‘Syaitan’ Lelaki Ni Buat Netizen Puas

Banyak kali dah viral kejadian dekat Malaysia ni ada kereta yang tak nak bayar tol.

Bila sampai je tol, mula menyucuk kereta depan sampai nak cium lah sebab nak elak bayar tol punya pasal.

Macam baru ni, viral kereta Honda City yang sengaja cucuk kereta depan tu. Aduh, dah pakai Honda City tak kan nak bayar tol tak sampai RM3 tu tak mampu bro.

Dalam video dashcam tu korang boleh nampak sendirilah betapa tak bertanggungjawabnya driver tu.

Tapi paling mantap bila pemilik kereta yang dicucuk tu gagalkan cubaan Honda City ni daripada tak nak bayar tol. Caranya dengan sengaja berhenti dan bawa perlahan melepasi palang. So memang nak tak nak member kat belakang tak boleh buat apa dahlah.

Okey yang paling best part abam tu gelak syaitan bila cubaan Honda City tu gagal. Weh, puas hati dengar nya.

Itu ada jugak netizen yang cakap, kalau dia keluar lepas tu joget menganjing pun lagilah best jugak. Confirm Honda City tu angin tak cukup badan. HAHA. Terbayang pun dah terasa kelakar.

Btw, kalau tak mampu nak bayar tol pergilah cari jalan dalam yang tak payah lalu tol. Tak pun naik jelah basikal/motor. Lagi jimat, tol tayah bayar. Minyak pun tak mahal.

Video: https://www.facebook.com/100000150860852/videos/5005604366132731/

Korang kalau jumpa driver perangai macam ni, eloklah share dalam group You Drive Like An As*hole ni. Mantul!

Raja Lepak

Read Previous

Salah Anggap Kelonggaran ‘Aktiviti Permotoran’ Buat Kumpulan Konvoi Ini Kena Kompaun

Read Next

Meninggal Tapi Ucap Alhamdulillah, Babak Sinetron Buat Penonton Keliru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *