Nekad Nak Rentas Daerah, Lelaki Buat Cubaan Ke-2 Guna Gabus Mendayung Di Laut

Sejak daripada perintah rentas negeri/daerah tak dibenarkan, ramailah yang buat cubaan untuk merentas. Guna jalan darat tu biasa, tapi jalan laut? Tak biasa kan?

Tapi sejak dua menjak ni, ada beberapa kes cubaan rentas daerah gunakan jalan laut. Macam yang berlaku baru-baru ni, seorang lelaki ditahan pihak berkuasa masa tengah berakit dengan gabus di tengah laut.

Dengan gaya meniarap atas gabus yang hanya bersaiz 1 meter, dia gunakan satu lagi gabus yang dipotong memanjang sebagai pendayung untuk medayung dari pulau ke tanah besar.

@penang_kini

haritu Cuba renang Dari Grown Ke Bagan. Kali ni guna sterofoam utk Rentas daerah seberangi lautan

♬ Jangan PernaH Berubah – Lia Magdalena

Bila pihak berkuasa nampak cubaan dia, segera dia diselamatkan – dibawa naik ke atas bot.

Kalau korang nak tahu orang yang dalam video @penangkini ni jugalah yang pernah buat cubaan merentas dengan jalan laut dengan cara berenang hari tu. Semata-mata nak jumpa kawan.

Aduh, berani betul! Kat laut tu kalau dah tenggelam memang susah nak jumpa abang oii.

Kredit: Mamu Jarum

Gambar cubaan lelaki ni dikongsi pihak berkuasa supaya jadi pedoman dekat orang lain, janganlah buat kerja yang melanggar undang-undang dan membahaya keselamatan diri sendiri.

Bila ditanya alasannya, dia kata nak merentas ke Tanah Suci Mekah. Sekarang ni dia dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan & penilaian tahap kesihatan mental lepas ujian air kencing dia negatif dadah.

Read Previous

Pernah Kena Tuju Selipar, Monyet ‘Kantoi’ Berdendam Sampai 7 Kali Curi Nombor Plat Kereta

Read Next

Terlampau Yakin Boleh Menang, Penonton Geli Hati Dengan Aksi Atlet Lari Berpagar Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *