Pernah Kena Tuju Selipar, Monyet ‘Kantoi’ Berdendam Sampai 7 Kali Curi Nombor Plat Kereta

Baru-baru ni agak viral dekat TikTok, video seekor monyet yang dengan cekap mencabut nombor plat dekat sebuah kereta ni.

@hhtysm

Dah 7 kali dia curi no plate kereta, jumpa serpihan2 dekat hutan belakang 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ #monkey #fypシ #fypdongggggggg #monkey #fypgakni

♬ original sound – W – W

Kata si empunya kereta @hhtysm, ini bukan kali pertama monyet tu curi nombor plat kereta dia. 

Kali ni dah termasuk 7 kali nombor plat dia hilang, yang jumpa hanya serpihan-serpihan je dekat hutan belakang.

Rupanya ada kisah di sebalik kejadian curi nombor plat ni. Tuan kereta pernah baling selipar terkena kepala dia.

Patutlah pun monyet tu berdendam. 

Korang tahu tak, yang monyet dengan manusia ni ada perkaitan yang rapat?

Ada yang jadikan monyet sebagai haiwan peliharaan, misi angkasa malah jadikan pembantu dalam urusan seharian mereka yang kurang upaya.

Sebab persamaan fizikal & psikologi yang paling hampir dengan manusia jugalah, monyet ni selalu dijadikan bahan uji kaji makmal.

Mungkin tuan kereta patut minta maaf dekat monyet tu. Mungkin lepas tu, kejadian curi nombor plat ni tak akan berulang lagi.

Nampak gaya kalau dibiarkan, lepas ni, mungkin monyet bijak tu akan cabut side mirror atau pun tayar pulak. Manalah tahu kan?

Read Previous

‘Order Banyak Sangat Ke?’ Gelagat Atlet Terjun Olimpik Ralit Mengait Buat Netizen Terhibur

Read Next

Nekad Nak Rentas Daerah, Lelaki Buat Cubaan Ke-2 Guna Gabus Mendayung Di Laut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *