‘Order Banyak Sangat Ke?’ Gelagat Atlet Terjun Olimpik Ralit Mengait Buat Netizen Terhibur

Sekarang ni, sukan Olimpik yang tengah berlangsung di Tokyo memang jadi tumpuan dunia. Semua pun teruja nak saksikan atlet negara masing-masing beraksi menentang atlet dari negara lain untuk dapatkan pingat yang disediakan.

Tapi dalam banyak-banyak tu, CT tertarik dengan aksi atlet lelaki Great Britain dalam sukan terjun ni.Bukan aksi masa perlawanan, tapi aksi masa dia tengah tonton atlet terjun lain.

Sambil-sambil mengait tu, mata sesekali intai juga aksi atlet terjun lain dekat platform. Tak terbayang dekat fikiran yang dia boleh bawa kerja-kerja mengait dia sampai ke Olimpik weh. 

@astroarena

Tom Daley, buat apa tu? hahahaah sempat lg dia knitting smbl tgk match. Champion and a multitasker 🏆🥇

♬ nhạc nền – Nhạc Này Chill Phết – Nhạc Này Chill Phết

Adoi, Tom Daley. Buat kelakar lah.

Tapi Tom ni bukan biasa-biasa. Dengan gandingan bersama Matty Lee, Tom dah berjaya hadiahkan pingat emas dalam acara 10 meter platform berirama kepada negara dia.

Mungkin sebab ini penyertaan ke-4 beliau sejak pertama kali dekat Olimpik Beijing 2008 masa berusia 14 tahun. Kalau korang tengok IG dia @tomdaley pun nampaklah yang Tom ni memang obses mengait.

Tu yang agaknya santai je bawa hobi mengait sampai ke arena Olimpik.

Read Previous

PPV Gempar Bila ‘Hantu’ Datang Nak Ambil Suntikan Vaksin

Read Next

Pernah Kena Tuju Selipar, Monyet ‘Kantoi’ Berdendam Sampai 7 Kali Curi Nombor Plat Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *