PPV Gempar Bila ‘Hantu’ Datang Nak Ambil Suntikan Vaksin

Kalau sebelum ni korang nampak orang pergi PPV pakai baju dinasour atau pun baju IronMan kan?

Tapi kali ni lagi rare, bila seorang gadis ni datang temu janji vaksin dia dengan pakai OOTD hantu. Bila terlampau berfikir di luar kotak, inilah hasilnya.

Siap dengan baju berlumuran darah, face mask bentuk gigi menakutkan, siapa yang pandang confirm rasa seram. 

Nasib baiklah PPV buka sampai petang je. Buatnya dia datang malam, memang rasanya kena perambat suruh balik tukar baju dulu baru datang balik untuk cucuk agaknya.

@gorongit

nah hantu pun vaksin! kamu yg antivacc tu lebih teruk dari hantu 🤣 crdit to owner video ✨ sumber : whatsappgroup

♬ original sound – Gurangak2.0 – Gurangak2.0

Kalau tengok komen netizen, ramai yang cakap, inilah hasil PKP lama sangat. Masing-masing bila keluar rumah dah keluar perangai/idea pelik-pelik.

Haha, kreatif betul masing-masing. Tapi janganlah seram sangat macam ni. Nurse/doktor yang nak cucuk pun neves nanti.

Risau jugak tetiba nanti ada pulak SOP pemakaian datang PPV, haru beb!

Read Previous

Akhirnya! Lengkap Dos Vaksin Boleh Rentas Negeri?

Read Next

‘Order Banyak Sangat Ke?’ Gelagat Atlet Terjun Olimpik Ralit Mengait Buat Netizen Terhibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *