Terlampau Yakin Boleh Menang, Penonton Geli Hati Dengan Aksi Atlet Lari Berpagar Ini

Dalam buat sesuatu, terlampau yakin atau terlampau neves tak boleh sebenarnya. Ada baiknya sedang-sedang je perasaan tu.

Macam orang tua tua kata, kalau banyak ketawa, nanti akhirnya menangis. Dan analogy ni boleh digunakan untuk benda yang sama.

Macam yang berlaku dekat seorang atlet acara larian berpagar dari Haiti, Jeffrey Julmis yang pada awal sebelum acara seakan terlampau yakin yang beliau akan menang. 

Tapi lain yang jadi bila tembakan dilepaskan.Baru je berlari beliau dah tergolek. Mungkin sebab melompat terlalu awal menjadikan langkahnya tersasar sebelum terjatuh.

Kalau korang nak tahu, aksi Julmis ni dah lama dah. Masa dekat Olimpik Rio 2016 lagi. Tapi sebab sekarang acara Olimpik tengah berlangsung menjadikan video lama ni kembali trending balik.

Ada jugak yang samakan aksi Julmis ni dengan menipu skill dekat resume, tapi bila dah diterima kerja, apa pun tak boleyy.

Tapi yang membanggakan lepas je jatuh, Julmis tak putus asa dan teruskan beraksi macam biasa walaupun dah confirm dia kalah. Tak apalah Julmis, yang penting habiskan pertandingan kan?

Bukan mengalah sebelum bertanding.

Read Previous

Nekad Nak Rentas Daerah, Lelaki Buat Cubaan Ke-2 Guna Gabus Mendayung Di Laut

Read Next

Lelaki Excited Beli Frame Simpan Surat Kompaun Langgar SOP Untuk Memori

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *