Pelajar ‘Beli’ Buku, Kopi & Makanan Dengan Tukaran Najis

Korang tahu tak selain dari boleh buat baja, najis korang sebenarnya berguna dan boleh buat korang jana pendapatan?

Haa, meh CT nak share macam mana korang boleh jana duit daripada najis korang sendiri.

Dekat sebuah universiti teknologi terkenal Korea, iaitu UNIST pelajar dorang jana duit dengan sumbangkan najis dorang untuk ditukarkan dengan token yang boleh ditukarkan dengan barangan dalam universiti.

Contohnya lah kan, korang pergi lepas hajat dekat tandas yang disediakan, korang akan dapat token digital yang student panggil Ggool. Dan Ggool ni boleh korang buat untuk redeem beli buku, kopi, makanan dan lain-lain.

Apa yang dilakukan dengan najis yang dikumpul tadi?

Okey, daripada najis tu pasukan pengkaji universiti akan proses untuk jadikan sumber tenaga, selain daripada bajalah.

Tapi student bukannya boleh sesuka hati nak lepas hajat dekat tandas mana yang dorang suka tau. Student kena guna tandas khas yang dipanggil sebagai BeeVi. 

Lepas je buang hajat, najis tadi akan terus dibawa direct ke tangki bawah tanah dengan gunakan teknologi vacuum pump. 

Bijak kan? At least, adalah gunanya juga bahan buangan yang dikeluarkan dari badan kita. Siap boleh buat income pulak tu. 

Sumber: Insider

Raja Lepak

Read Previous

Dendam Sebab Break-Up, Wanita Sewa Kereta Ex & Langgar Hampir 50 Lampu Isyarat

Read Next

Gelagat Comel Jin Masa Diruqyah Buat Netizen Terhibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *