Dendam Sebab Break-Up, Wanita Sewa Kereta Ex & Langgar Hampir 50 Lampu Isyarat

Luka putus cinta setiap orang tak sama. Ada yang kejap je boleh move on, ada jugak yang berdendam sampai cari idea untuk pedajal balik ex dia.

Macam dekat China, seorang wanita ni punyalah dendam dengan ex dia sampaikan dia sewa kereta ex dia dan buat benda yang melanggar undang-undang jalan raya. Kereta yang disewa dari aplikasi tu disewa selama 2 hari.

Kredit: Getty Images

Dalam 2 hari tu, memang dia suruh kawan dia lenjan habis langgar peraturan jalan raya supaya banyak saman yang akan ex dia terima & kena bayar. Contohnya macam sampai langgar hampir 50 kali lampu isyarat & pandu lebihi had laju.

Dendam dia hampir terlaksana bila ex dia terima banyak surat cinta dari polis dan terpaksa tanggung kerugian yang agak besar atas dendam tu.

Cumanya tak terlaksana sepenuhnya bila dia pulak yang terkantoi dengan polis. Yelah, yang bawak kereta tu lah yang ditahan.bukannya yang empunya kereta kan?

Sumber: china Daily

Sesiapa yang turut bersubahat pun ditangkap sekali atas kesalahan dengan sengaja buat si ex terperangkap dalam ‘lautan’ surat cinta abam polis.

Katanya wanita tu berdendam sebab ex dia putuskan hubungan lepas bertahun-tahun bercinta. Dah putus tu, terus je dia keluar dengan wanita lain.

Nampaknya si wanita masih tak dapat move on, atau pun masa dorang bercinta, si lelaki tu sebenarnya dah curang dengan pasang lain.

CT nak tanya, benda apa paling extreme pernah korang buat sebab nak balas dendam dekat ex? Share-share la story.

Read Previous

Van Buat Announcement COVID-19 Curi Perhatian Buat Hebahan Sambil Pasang Lagu Dangdut

Read Next

Pelajar ‘Beli’ Buku, Kopi & Makanan Dengan Tukaran Najis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *