Kim Jong Un Kurus Pun Rakyat Korea Utara Menangis Macam Apa

Sebut je pasal Kim Jong Un, mesti korang terbayang susuk tubuh dia yang comel tu dengan spek mata petak dia tu kan?

Baru-baru ni, Kim Jong Un ni muncullah dekat khalayak. Tapi ada nampak macam berbeza sikit sebab dia lebih kurus daripada biasa. Dalam gambar terbaru tu, Kim Jong Un nampak lebih kurus daripada penampilan di khalayak umum sebelum ni.

Kredit: Sosial media

Menurut media tempatan, melihatkan pada keadaan Kim Jong Un tu, rakyat Korea Utara menangis macam apa sebabnya risau dengan keadaan kesihatan pemimpin mereka.

Kredit: Asian News

Kata dorang Kim Jong Un nampak macam tak sihat.

……

Tapi ada penganalisa dari Korea Selatan menolak benda tu. Katanya Kim Jong Un nak kurus sebab nak lebih sihat. Lagi pun hari tu kan ada berita maklumkan yang Kim Jong Un jatuh sakit sampai lama tak muncul dekat public.

Sampaikan masa tu, orang luar sibuk bincangkan siapalah yang akan ganti takhta beliau.

Lagi pula Kim Jong Un tu kuat juga merokok dan minum. Macam ayah dan atuk dia pun meninggal sebab jantung. 

Mestilah dia kena jaga kesihatan terutamanya berat badan kalau tak nak jadi macam tu kan?

Read Previous

Elak Kena Tipu, Ini 6 Cara Mudah Kenal Durian Musang King

Read Next

Gelagat Pakcik Melatah Masa Guna Mixer Buat Netizen Terhibur Tapi Kesian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *