Elak Kena Tipu, Ini 6 Cara Mudah Kenal Durian Musang King

Durian Musang King ni walaupun harganya mahal, tetap ada orang beli. Sebab nikmat makan durian jenis Musang King inilah yang dicari peminat durian.

Kalau dah namanya peminat, confirmlah tahu kan macam mana rupa Musang King kan? Tapi yang baru-baru nak cuba ni macam mana? Karang tak pasal kena tipu dengan penjual sebab tak tahu bezakan durian biasa dengan Musang King.

Jadi untuk elakkan kena tipu, satu akaun TikTok @datomichaelim_oe ajar macam mana nak tahu durian tu Musang King ke tak.

1. Bulatan

Bulatan durian Musang King dekat bahagian tangkai lebih besar kalau nak dibandingkan dengan durian biasa. Dan bulatan tu memang jelas boleh nampak.

2. Bentuk bintang

Dekat bahagian bawah durian, pastikan ada macam bentuk bintang. Kalau durian biasa, bawah tu memang tak akan nampak bentuk apa-apa.

3. Duri

Duri durian Musang King akan jarak-jarak kalau nak dibandingkan dengan duri durian biasa yang nampak rapat-rapat.

4. Warna isi

Warna isi Musang King lebih kuning dan menggoda daripada durian biasa. Kuning dia tu meamang buat nampak meleleh. 

5. Bau

Mungkin daripada segi bau, susah sikit nak kenal pasti. Tapi kalau korang dah biasa bau durian, memang korang akan dapat bezakan.

6. Biji

Bila makan tu, korang akan nampak biji Musang King lebih nipis daripada durian biasa. Biji Musang King macam leper sikit berbanding durian biasa yang lebih kepada bentuk oval dan tebal.

Jadi lepas ni korang yang teringin nak merasa macam mana rasa Musang King tu tak adalah buta-buta je kena tipu dengan penjual durian yang tak bertanggungjawab kan?

Beza harga Musang King dengan durian biasa bukan sikit weh. Menangis tengoknya 

Sebarkan pada keluarga dan orang tersayang korang!

Read Previous

Telur Pontianak: Menu Spesial Dari Indonesia, Tapi Rakyat Malaysia Biasa Makan

Read Next

Kim Jong Un Kurus Pun Rakyat Korea Utara Menangis Macam Apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *