Telur Pontianak: Menu Spesial Dari Indonesia, Tapi Rakyat Malaysia Biasa Makan

Korang pernah dengar tak pasal telur Pontianak? Dengar nama je dah cuak kan nak makan. Sebab yelah, kang termakan anak Pontianak maunya tak dihantui hantu Pontianak yang betul.

Tapi jangan risau, telur Pontianak ni sebenarnya menu biasa orang Malaysia makan je iaitu telur masak kicap. 

Menu paling simple tapi bila makan memang boleh jadi fevret. Terutamanya hujung bulan nak menunggu gaji masuk tu ;p

Siapa sangka yang menu sesimple ini boleh jadi menu special dekat Pontianak, Indonesia. 

Dalam satu video seorang YouTuber Indonesia, Nex Carlos, beliau membongkar rahsia menu special sebuah warung di sana. Restoran ni pernah viral sebab kesedapan nasi telur kicapnya. Sampai beraturlah orang semata nak mencuba menu dia tu.

Kalau nak tahu dah 25 tahun restoran ni ada dekat sana, dan harga yang ditawarkan untuk sepinggan nasi telur kicap ni murah gila. Cuma RM1.70 je.

Pelanggan yang beratur tu sebenarnya curious apa yang sedap sangat dengan nasi telur kicap tu. 

Uish, dorang tak tahu menu tu je boleh buat kita bertambah 2/3 pinggan sekali makan tau. Nak pulak macam CT kabo tadi, masa hujung bulan tunggu gaji masuk. Memang heaven.

Tapi boleh je buat sendiri dekat rumah.

1. Goreng telur mata dalam minyak yang banyak supaya cantik kembang. Jangan biarkan kuning telur masak sepenuhnya dan angkat. Sekejap je, pastikan minyak panas,

2. Untuk kicap pulak, kalau nak special boleh blend sikit bawang putih sebelum tumiskan sampai perang. Nak potong kecil pun boleh. Angkat dan masukkan kicap masin, kicap manis dan lada sulah. Sukatan boleh agak-agak je. Stail orang Malaysia. Gaul sebati dan curahkan atas telur yang dah diletakkan atas nasi.

Siap dimakan! Yang suka pedas tu bolehlah hiris nipis cili dan campurkan dalam kicap.

Confirm repeat repeat weh. 

P/s: CT tulis ni pun dah terliur. Kejap lagi nak buatlah. Korang pun jangan lupa cuba tau!

Kredit gambar: Facebook Zayan

Raja Lepak

Read Previous

China Siap Bina Bangunan 10 Tingkat Tak Sampai 2 Hari

Read Next

Elak Kena Tipu, Ini 6 Cara Mudah Kenal Durian Musang King

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *