Gelagat Pakcik Melatah Masa Guna Mixer Buat Netizen Terhibur Tapi Kesian

Orang kalau dah melatah, memang terkejut sikit pun tak boleh. Tak kisahlah dia aware atau tak dengan benda tu.

Macam pakcik ni, gelagat dia melatah masa nak guna mixer jadi viral. Orang terhibur tapi dalam masa yang sama macam kesian.

Sebab bukan manusia yang usik dia, tapi mesin mixer. Yelah asal tekan je bergegau bunyinya. Terperanjat la pakcik tu.

Abeh cemana, nak tak nak memang kena guna. Nak pulak mixer hadiah dari anak-anak. Lagilah rasa nak tunjuk rasa menghargai tu.

Pakcik tu pun nampak macam penat juga, asal on suis badan dengan mulut ikut sama bergetar macam mixer. Lepas tu tanpa sedar tangan tu tekan off jugak. 

Aje ke naya. Bila nak siap kuihnya kalau gitu. ><

Tapi tak apalah pakcik, bukan anak pakcik je yang terhibur. Kami yang tengok ni walaupun dah tengok berkali-kali tetap jugak rasa terhibur.

Tapi kalau korang kenal orang yang melatah, jangan usik beria tau. Kesian dorang, melatah pun penat tau.

Read Previous

Kim Jong Un Kurus Pun Rakyat Korea Utara Menangis Macam Apa

Read Next

Van Buat Announcement COVID-19 Curi Perhatian Buat Hebahan Sambil Pasang Lagu Dangdut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *