BTS Meal Punya Pasal, McD Indonesia Jem Teruk Sampai Terpaksa Tutup

Sejak dari launch dorang akhir bulan Mei lepas, BTS Meal memang jadi rebutan ramai. Itu dekat Malaysia, yang baru ni dekat Indonesia sebab dekat sana baru launch.

Tapi gais, sama je keadaannya. Kalau Malaysia app McDelivery hang, dekat Indonesia, McD sampai terpaksa tutup sekejap dorang punya operasi sebabnya keadaan yang jadi sangat tak terkawal.

Kredit: Bangkok Post

Pengarah Komunikasi Besekutu McD Indonesia bagitahu yang pihak mereka terpaksa hadkan masa untuk dapatkan BTS Meal bagi elakkan kebanjiran cust dalam satu-satu masa iaitu sampai bulan hadapan. 

Kredit: detik.com

Jadi tak perlulah berebut sampai keselamatan terancam.

Ada juga kes yang mana rider mengamuk di branch McD Indonesia sebab secara tiba-tiba BTS Meal tu tak ditawarkan di sana sebab tempahan yang terlampau banyak. 

Kredit: Liputan6
Kredit: The Star

Yelah bila secara tiba-tiba, kesannya sedikit sebanyak akan terkena pada rider juga kan?

Oh, korang tahu tak, BTS Meal ni jugak ada nugget yang dijual sampai RM400 ribu tau untuk seketul. Korang boleh baca: Seketul Nuget BTS Meal Bentuk Among Us Dibida Sampai Lebih RM400 Ribu!

Klik di sini untuk melihat video.

Raja Lepak

Read Previous

Baru 17 Tahun Dah Jadi Jutawan Segera Lepas Menang Cabutan Bertuah

Read Next

Suntik Vaksin Dapat Ganja Free

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *