Seketul Nuget BTS Meal Bentuk Among Us Dibida Sampai Lebih RM400 Ribu!

Populariti K-pop Group BTS memang lagi tak boleh disangkal. Tengok sahajalah kolaborasi BTS dengan McD, memang laris teruk jualannya sampaikan app McDelivery jadi hang sebab terlampau banyak yang nak dapatkan meal tu.

Bukan sahaja packaging BTS Meal je yang laku dijual, tapi ada juga yang buat bidaan untuk nugget dorang.

Kredit: Twitter Among Us

Yang terbaru ni, dekat ebay ada orang jual Chicken McNugget yang berbentuk Among Us. Setakat ni dah lebih 160 orang sertai bidaan tu dengan harga bidaan terkini dikatakan mencecah lebih RM400 ribu!

Kalau korang rasa benda ni gila, ketahuilah jumlah tu memang ada yang sanggup bayar tau. Macam barang rare la.

Dekat description ada bagitahu yang McNugget yang disimpan dalam bekas kedap udara ni hanya boleh bertahan sampai 14 hari je dan akan dihantar ke pembida yang tertinggi sebelum ianya tamat tempoh & dah tak fresh. Siap dapat sos limited edition free!

Kredit: eBay

Hmm… 

Korang berminat tak nak dapatkan? Kalau tambah sikit lagi, boleh dapat Mustang gais.

Raja Lepak

Read Previous

Mat Salleh Buat Parodi ‘Abe Ajis Jatuh Bok’ Bikin Geli Hati

Read Next

Generasi Y: Generasi Paling Unik & Awesome, Ini Sebabnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *