Mat Salleh Buat Parodi ‘Abe Ajis Jatuh Bok’ Bikin Geli Hati

Walaupun dah dekat 3 tahun berlalu, klip video ‘abe ajis jatu bok’ tetap segar di ingatan rakyat Malaysia. 

Masa tu wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah tengah buat liputan untuk keadaan banjir. Namun secara tiba-tiba, jurukamera TV3, Haji Abd Aziz Abdullah atau lebih popular dengan panggilan Abe Ajis terjatuh dari bot.

Disebabkan video tu, memang Abe Ajis femes, tambah pula bila terus je terkeluar loghat Ganu dari mulut Mohd Ishak.

Femesnya video ni sampaikan  ramailah netizen buat  jadi parodi. Dan sampai masuk ke level international. Mat Salleh pun buat parodi.

Dalam perkongsian tu juga, Mohd Ishak sempat bagitahu yang Abe Ajis akan bersara 18 Jun ni lepas 26 tahun berkhidmat sebagai jurukamera. 

Netizen yang memang dah lama nak tengok macam manalah rupa Abe Ajis  ni excited bila Mohd Ishak kata Abe Ajis akan upload mugshot beliau. 

Fuh, tak sabar!

Read Previous

Jual Lagu & Drama Korea Selatan, Lelaki Dihukum Tembak Depan Keluarga

Read Next

Seketul Nuget BTS Meal Bentuk Among Us Dibida Sampai Lebih RM400 Ribu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *