Jual Lagu & Drama Korea Selatan, Lelaki Dihukum Tembak Depan Keluarga

Korang ingat tak, hari tu CT pernah cerita yang pasal layan K-drama pun boleh kena tembak dekat Korea Utara?

Haa, hari ni CT nak share yang baru-baru ni pihak berkuasa Korea Utara dah hukum tembak sampai mati seorang lelaki, Lee sebab ditangkap jual CD & pendrive yang dipenuhi dengan konten filem, drama dan lagu dari Korea Selatan.

Kredit: Carousell

Hukuman tembak mati ni dijatuhkan berdasarkan kepada undang-undang yang baru digubal tahun lepas.

Yang lebih kejam, Lee ditembak di hadapan 500 orang dengan ahli keluarganya dipaksa untuk berada di barisan paling depan sekali.

Lepas kesalahannya dibacakan, Lee ditembak 12 kali sebelum diletakkan dalam kotak keranda yang tak tahu dibawa ke mana. Ini bermakna ahli keluarga Lee tak dibenarkan untuk urus pengebumian Lee.

Kredit: Wikimedia

Lee yang merupakan orang pertama dihukum atas kesalahan tu terkantoi bila dia tertangkap oleh ketua kawasannya masa tengah buat urusan jual beli.

Okey, bukan takat tu. Ahli keluarga Lee juga dipenjarakan atas kesalahan Lee. Memang biasa kalau kesalahan di Korea Utara, ahli keluarga juga terpalit sama dikenakan tindakan undang-undang walaupun mereka tak tahu pun tentang ‘jenayah’ yang dilakukan.

Lepas daripada undang-undang ini dijalankan, dilaporkan lebih 10 ribu pelajar dekat Korea Utara serah diri sebab nak dapat hukuman yang ringan daripada yang termaktub dalamnya.

Read Previous

Siapa Yang Mengilai Dalam Lagu Menanti Kekasih?

Read Next

Mat Salleh Buat Parodi ‘Abe Ajis Jatuh Bok’ Bikin Geli Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *