Siapa Yang Mengilai Dalam Lagu Menanti Kekasih?

Korang pernah tak dengar lagu Menanti Kekasih nyanyian Alda Risma? 

Mungkin dekat Malaysia nama dia tak terkenal sangat, tapi dekat Indonesia nama Alda Risma ni memang femes.

Sampai sekarang kalau sebut nama Alda Risma, ramai yang tak boleh lupa kontroversi kematian beliau yang banyak sangat teori.

Alda dah pun meninggal dunia pada 12 Disember 2006. Ada yang kata lepas tiga hari lagu ni dibuat, polis jumpa mayat beliau di hotel sebab overdose barang terlarang. Dan laporan forensic pula dapati yang beliau ni dah meninggal 7 hari dari tarikh dia dijumpai.

Yang anehnya, siapa yang rekod lagu Menanti Kekasih ni kalau Alda dah meninggal dunia?

Ada teori lain pula bagitahu yang masa lagu ni dirakam, Alda terlampau sedih dan kecewa lepas dapat tahu kekasihnya curang. Tapi sampai sekarang, sahih ke tidak masih tak tahu.

Tapi ramai yang cakap bila dengar je lagu Menanti Kekasih ni, adalah benda-benda pelik yang akan dorang hadapi sebabkan suara mengilai di hujung lagu.

Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi di atas pohon
Kubiarkan rambutku
Terurai

Tanpa kaki, kelelawar
Anjing dan bulan purnama
‘Ku menanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku?
‘Ku menanti kau di sini
Ayo mati bunuh diri
Biar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Uih seram! CT sampai sekarang tak berani nak dengar lagu ni tau. Sebab tak berani nak tanggung risiko.

Korang pernah dengar tak lagu Menanti Kekasih ni? Kalau dah dengar, macam mana? Share lah sikit pengalaman korang.

Raja Lepak

Read Previous

Seluar Jeans Dengan Kesan Air Kencing Ini Dijual Lebih RM300 Sehelai

Read Next

Jual Lagu & Drama Korea Selatan, Lelaki Dihukum Tembak Depan Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *