Seluar Jeans Dengan Kesan Air Kencing Ini Dijual Lebih RM300 Sehelai

Masa kecik, korang ada memori tak terkencing dalam seluar? Mungkin sebab dah tak tahan sangat atau pun sebab lebih pentingkan main daripada tandas, buatkan kejadian ni terjadi.

Bila dah jadi, konfim la malu kan? Lagi-lagi pulak kalau ada member berdekatan yang nampak. Pergh, sampai tua jadi bahan ejekan.

Kredit: Adobe Stock

Tapi tahu tak benda memalukan ni sekarang dah tak lagi memalukan sebab sekarang tengah in-trend seluar dengan bekas air kencing ni!

Tapi ianya bukanlah basah betul pun walaupun kesan basah tu memang nampak real habis. 

Kredit: Wet Pants Denim

Kalau korang nak tahu, jeans ni diciptakan supaya si pemakai tu jadi lebih yakin nak keluar rumah walaupun ada kesan ‘kotor’ di celah kangkang dorang.

Paling yakin kalau pakai jeans warna putih ni.

Kredit: Wet Pants Denim

Rare kan? Siapa yang berani pakai keluar dengan seluar macam ni memang CT salute. Tahap keyakinan dia bukan biasa biasa.

Kalau korang nak try sehelai, bolehlah cuba beli dekay Wet Pants Denim dengan harga sekitar RM310 sehelai. Kali ni cuba item fesyen lain daripada lain. 

Read Previous

Makhluk Putih Bertenggek Atas Lori Sampah, Sakan Muncul Masa Raya

Read Next

Siapa Yang Mengilai Dalam Lagu Menanti Kekasih?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *