Makhluk Putih Bertenggek Atas Lori Sampah, Sakan Muncul Masa Raya

Bulan puasa kalau nak lalu tempat yang menyeramkan dia rasa macam selamat sikit sebab katanya setan & hantu semua kena ikat.  Tapi bila je masuk bulan raya, mulalah rasa takut tu datang sebab sebulan kan dia kena kurung, mestilah sakan nak keluar berjimba.

Macam yang seorang pengguna FB ni share, masa staff dia bertugas pukul 3 pagi, tiba-tiba dorang terperasan ada ‘benda’ yang sama join dorang buat kerja tapi duduk atas bumbung lori je.

Kata Zul, kerap sangat dah makhluk berbungkus kain putih ni munculkan diri minggu tu. Hmm, seram sejuk dengar.

Menurut Zul, gambar tu dirakam dekat kawasan Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah. Yang mana kanan tu Pontianak, kiri tu pocong. Adoiyai, bukan satu pulak tu genk.

Pontianak.
Pocong.

Mula-mula macam tak percaya, tapi balik semula yang kita dekat dunia ni hidup berkongsi dengan makhluk lain. Nak tak nak memang kena terima lah kehadiran dorang kan?

Asalkan dorang ni tak mengganggu sampai buatkan kehidupan kita bercelaru atau pun buatkan kita tercedera. 

Setuju tak?

Tapi respect la dekat yang teguh hati teruskan kerja walauun ternampak benda ni.

Pss, ada orang cakap dorang tak nampak pun. Korang nampak ke tidak tu? 

Read Previous

Perangai Macam Manusia, Babi Tak Nak Tidur Kalau Tak Ada Bantal & Selimut

Read Next

Seluar Jeans Dengan Kesan Air Kencing Ini Dijual Lebih RM300 Sehelai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *