Generasi Y: Generasi Paling Unik & Awesome, Ini Sebabnya

Korang tahu tak dalam banyak-banyak generasi, Generasi Y adalah generasi yang paling unik & awesome.

Sebelum tu kita tengok dulu, siapa dalam generasi-generasi yang ada.

Dalam buku ‘Grown Up Digital’ tulisan Don Tapscott, generasi ni dibahagikan kepada 6 kategori:

  1. Pre Baby Boom (lahir tahun 1945 dan sebelumnya)
  2. The Baby Boom (lahir antara 1946-1964)
  3. The Baby Bust (lahir antara 1965-1976) – Generasi X
  4. The Echo of The Baby Boom (lahir antara 1977-1997) – Generasi Y
  5. Generation Net (lahir antara 1998-2009) – Generasi Z
  6. Generation Alpha (lahir pada 2010-kini) – Generasi A

Sebab apa orang cakap yang Generasi Y ni unik?

  1. Sebab Generasi Y lahir antara 2 generasi yang mana salah satunya adalah sebelum adanya talian internet & sesudah dunia dah ada teknologi yang canggih.
  2. Generasi sebelum dorang percaya yang hardwork ni kunci kepada segala kejayaan tapi generasi selepasnya pula percaya yang smart work lagi penting. Jadi dia tersepit dekat tengah-tengah.
  3. Generasi Y ni nampak evolusi teknologi dari radio, TV, CD, DVD semuanya bertukar ke platform digital dan online.
Kredit: Talentor
  1. Generasi Y ni dia hanya akan ikut tradisi yang dorang rasakan rasional je. Berbeza dengan generasi sebelumnya yang akan ikut je tanpa soal banyak. Tapi dalam pada tu Generasi Y ni tahu serba sedikit pasal tradisi kalau nak dibandingkan dengan generasi selepasnya.

Walaupun tak mudah sebab duduk dekat tengah-tengah ‘generasi lama’ dengan ‘generasi internet’, tapi Generasi Y ni bertuah sebab banyak perubahan yang dia boleh nampak.

So, korang dekat generasi mana? Bangga tak kalau korang duduk dekat Generasi Y?

Sumber: Zambian Influencer
Kredit gambar utama: Newportnet

Read Previous

Seketul Nuget BTS Meal Bentuk Among Us Dibida Sampai Lebih RM400 Ribu!

Read Next

Seram Tapi Sedih, Ini Misteri Di Sebalik Lagu SO7 – Sephia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *