Seram Tapi Sedih, Ini Misteri Di Sebalik Lagu SO7 – Sephia

Walaupun dah nak masuk lebih 20 tahun dihasilkan, lagu Sephia nyanyian Sheila On 7 (SO7) tetap jadi siulan sampai hari ni. Memang berhantu sungguh.

Tapi rupanya kalau korang nak tahu, lagu ni memang ada kisah disebaliknya.

Walaupun kalau korang tengok lirik macam dia cerita pasal ex yang dah pergi tapi sebenarnya lagu ni pasal salah seorang peminat setia SO7 yang dah meninggal dunia masa dalam perjalanan nak ke konsert dorang.

Ini bermula bila salah satu ahli SO7, Eross bagitahu dia dapat call daripada satu nombor yang tak dikenali, perkenalkan diri dia sebagai Sephia. Bila tanya mana Sephia dapat nombor telefon dia, Sephia bagitahu yang dia dapat daripada salah seorang peminat SO7 dan terus dia call Eross guna public phone yang ada.

Jadi Eross ni pun pergilah dekat public phone tu nak tengok orangnya. Sekali bila sampai, hanya ganggang telefon je yang tergantung.

Kredit: Grid ID

Cari punya cari, Eross dapat alamat rumah Sephia. Bila masuk je rumah tu, terkejut Eross bila hanya ada pasangan suami isteri yang dah tua – ibu bapa kepada Sephia. Tambah terkejut bila dia dapat tahu yang Sephia ni sebenarnya dah lama meninggal dunia.

Masuk je bilik Sephia memang banyak poster-poster SO7.

Sejak daripada tu, Eross ni teringin sangat nak tulis lagu pasal Sephia dan terhasillah lagu Sephia yang korang dengar sekarang.

Amacam? Rasa-rasa lepas ni dengar lagu Sephia mampu ke tak teringat kisah ni?

Read Previous

Generasi Y: Generasi Paling Unik & Awesome, Ini Sebabnya

Read Next

Winnie The Pooh Diharamkan Di China Sebab Ada Iras Presidennya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *