Winnie The Pooh Diharamkan Di China Sebab Ada Iras Presidennya

Korang tahu tak yang animasi Winnie The Pooh pernah diharamkan dekat China pada satu ketika dulu?

Nak tahu sebab apa? Sebabnya ramai yang buat perbandingan dekat internet yang watak Pooh tu dikatakan ada iras iras macam Presiden China, Xi Jinping.

Kredit: CNBC

Pada tahun 2013, animasi Winnie the Pooh diharamkan di China walaupun tak ada unsur-unsur keganasan ataupun unsur-unsur yang melebih dalam tu. 

Walaupun tak ada statement rasmi yang terangkan sebab apa ianya diharamkan, ramai percaya itulah sebabnya sampaikan pihak lawan pun gunakan watak The Pooh sebagai bahan untuk dorang protes menentang Jinping.

Semasa tempoh pengharaman tu, kalau ada yang cuba search guna keyword Winnie The Pooh, akan ada amaran yang katakan hasil carian tak dapat dipaparkan sebab tertakluk pada undang-undang negara.

Bukan takat Jinping je yang terkena, bekas PM Amerika Syarikat & Jepun pun terkena tempias dijadikan sebagai meme.

Raja Lepak

Read Previous

Seram Tapi Sedih, Ini Misteri Di Sebalik Lagu SO7 – Sephia

Read Next

Tak Boleh Buat Majlis, Gamer Anjur Kenduri Kawin Dalam GTA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *