Tak Boleh Buat Majlis, Gamer Anjur Kenduri Kawin Dalam GTA

Sejak pandemik melanda, ramai yang nak mendirikan rumah tangga tak dapat buat majlis yang macam dorang idamkan. Akad nikah hanya di pejabat agama dengan kehadiran yang minimum sangat.

Hati siapa yang tak sedih. Tapi nak buat macam mana kan?

Tapi seorang gamer ni memang kreatif. Tak jadi kenduri fizikal, dia buat kenduri maya yang mana dianjurkan dalam game GTA V.

Sebab dalam GTA, kita boleh customize sendiri jadi dia pun buatkan kenduri dengan konsep perkahwinan Melayu dan disiarkan secara live dekat FB dan YouTube. 

Sebab tak dapat buat kenduri tapi rindukan suasana majlis kenduri, ramailah netizen yang join tengok beliau main game ni. Yang kelakarnya, siap ada pertunjukan zapin dan berbalas pantun. 

Memang terasa real dia tu.

Korang yang rindukan majlis kenduri kawin macam dulu-dulu, bolehlah layan video dekat bawah ni:

Read Previous

Winnie The Pooh Diharamkan Di China Sebab Ada Iras Presidennya

Read Next

Viral Video Alien Merayau Tengah Malam Di Bumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *