Viral Video Alien Merayau Tengah Malam Di Bumi

Baru-baru ni, sosial media viral dengan satu video yang ternampak kelibat makhluk aneh yang macam alien! Netizen yang tengok mestilah tertanya-tanya apa bendalah agaknya dia.

Menurut portal India.com, video ni dirakam dekat kawasan Jharkhand Hazarbagh yang terletak di India. Difahamkan yang video tu dirakam pada waktu malam masa makhluk tu melalui jambatan.

Bila disuluh dengan lampu, fizikalnya jelas kelihatan tinggi, kurus dan botak macam rupa alien yang selalu digemburkan dalam media.

Bila video ni dah viral, penduduk setempat pun dah rasa takut. Tapi tak ada siapa lagi yang cakap sama ada video ni real ke fake. 

Korang agak-agak macam mana? CT ni kalau naik motor jumpa memang CT pulas sampai habis untuk pecut balik rumah, tak adanya nak buat macam orang dalam video ni. seram!

Read Previous

Tak Boleh Buat Majlis, Gamer Anjur Kenduri Kawin Dalam GTA

Read Next

Line Problem? Tak Ada Masalah, Pelajar Ini Gigih Guna Telefon Rumah Buat Presentation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *