Line Problem? Tak Ada Masalah, Pelajar Ini Gigih Guna Telefon Rumah Buat Presentation

Dalam keadaan pandemik yang tak menentu ni, memang semuanya online. Daripada beli barang sampailah kepada urusan kerja dan belajar semua online. Bila online ni, masalah paling besar dihadapi ialah daripada segi line.

Macam chipsmore. Kadang ada kadang tak ada. Kadang tu lemau sampai penat tunggu loading.

Macam yang dihadapi seorang pelajar ni. Dahlah kena buat presentation. Tapi disebabkan line yang memang tak ada, dia terpaksa come out dengan cara kreatif yang tak dijangka.

Caranya ialah dengan guna telefon rumah!

Lepas cuba macam-macam tapi masih lagi tak dapat juga linenya, dia pun ambil inisiatif untuk call kawan dia gunakan telefon rumah dan buat presentation macam biasa.

Nasib baiklah ada telefon rumah. Kalau tak ada, mau pishang juga fikir pasal markah. 

Apa-apa pun, salute la dekat dia. Semangat belajar tu lain macam. Terbaik! Moga jadi contoh dekat pelajar lain yang struggle dengan line masa online class.

Read Previous

Viral Video Alien Merayau Tengah Malam Di Bumi

Read Next

Dengan Baju Preloved Pun Jadi, Ini Jenis Fetish Pada Barang Terpakai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *