Dengan Baju Preloved Pun Jadi, Ini Jenis Fetish Pada Barang Terpakai

Korang pernah dengar tak pasal fetish? Fetish ni macam kecenderungan melampau dekat satu benda yang biasanya disertakan sekali dengan rangsangan nafsu. 

Dalam dunia ni ada macam-macam jenis fetish. Ada orang fetish dekat kasut, ada yang fetish dekat makanan dan yang paling biasa fetish seks.

Tapi baru-baru ni viral pasal fetish dengan baju preloved. Benda ni memang real & dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna FB, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Korang baca sendiri apa yang individu ni cakap, memang terasa jijik dengan nafsu dia ni.

Dalam perbualan tu, korang boleh nampak yang Pemburu Baju Kurung ni memang cari baju kain satin yang dah dipakai untuk disimpan jadikan koleksi pemuas nafsu dia. Siap mention yang tak ada pun niat tak baik dekat owner, sekadar nak bau je.

Tapi kalau dah macam ni, tak ke membahayakan?

Mungkin ada orang rasa fetish ni normal. Tapi sebenarnya tak weh sebab dah termasuk dalam kategori kehendak seksual melampau atau parafilia. Inilah biasanya akibat daripada banyak sangat tonton benda bukan-bukan. 

Jadi korang yang ada jual pakaian preloved tu hati-hati. Takut dalam kalangan pembeli tu ada terselit jenis perangai macam ni.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Read Previous

Line Problem? Tak Ada Masalah, Pelajar Ini Gigih Guna Telefon Rumah Buat Presentation

Read Next

Jual Axia Harga RM1.5k, Rupanya Itu Kereta Sewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *