Jual Axia Harga RM1.5k, Rupanya Itu Kereta Sewa

Kalau zaman belajar dulu, selalu kan tong tong duit nak sewa kereta sebab nak berjalan. Dan kereta yang dipulangkan tu mestilah sama macam dalam keadaan yang disewa.

Tapi lain halnya dengan yang berlaku dalam dunia sekarang. Ada yang sewa kereta lepas tu boleh pulak dia jual semula.

Nasib seorang lelaki yang usahakan bisnes kereta sewa kurang baik bila kereta Axia yang disewakan hilang macam tu je sejak 12 Mei lepas. Bila dia share dekat media sosial, ada yang bagi maklumat yang kereta dia ada di Tanah Merah, Kelantan.

Sedangkan dia di Selangor!

Bila diselidik, rupanya orang yang bawa kereta tu bukanlah penyewa tapi ‘pemilik’ yang mendakwa dah beli kereta tu dengan deposit RM1,500 dan akan sambung bayar ansuran lepas je dokumen berkenaan kereta tu dia dapat daripada si penjual iaitu orang yang sewa kereta tu.

Lelaki tu pun perasan yang dah ada beberapa ubah suai yang penyewa tu buat dekat kereta tu sebelum dijual termasuklah GPS pun dibuangnya.

Kes ni dah pun dilaporkan ke pihak polis dan kereta tu dilaporkan akan dibawa pulang lepas semua selesai.

Korang boleh follow kes ni dekat sini.

Raja Lepak

Read Previous

Dengan Baju Preloved Pun Jadi, Ini Jenis Fetish Pada Barang Terpakai

Read Next

Abang foodpanda Buat Hal, Ingat Motor Kena Curi Sekali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *