Suntik Vaksin Dapat Ganja Free

Dekat luar negara, bermacam inisiatif yang ditawarkan untuk rakyat mereka datang dan mengambil suntikan vaksin. Macam dekat Amerika, siapa yang datang temu janji suntik vaksin akan diberikan ganja percuma. 

Bagi rakyat Malaysia, benda ni agak rare sebab ganja dekat Malaysia kan haram di sisi undang-undang.

Tapi dekat AS, sesiapa yang dah disuntik, boleh bawa bukti dah dapatkan suntikan untuk tebus ganja percuma di klinik sekitar negeri. Setakat ni baru Washington yang buat. 

Tapi promosi ni ada tempohnya. Macam ganja ni sampai 12 Julai je. Dan bulan lepas dorang tawarkan alkohol percuma.

Ada juga negeri dekat AS yang buat cabutan bertuah. Siapa datang cucuk vaksin, akan diberikan nombor. Kalau nombor tu bertuah, hadiah berjumlah suku juta USD akan dorang menangi.

Terbaik juga inisiatif ni. Sebab orang macam tertariklah nak suntik vaksin. Bila ramai-ramai suntik vaksin, imuniti kelompok pun tercipta.

Bukan ke lebih selamat tu?

Walaupun tak ditawarkan apa-apa, jangan lupa dapatkan suntikan korang sekarang tau! 

Kredit gambar & gambar utama: NY Post

Raja Lepak

Read Previous

BTS Meal Punya Pasal, McD Indonesia Jem Teruk Sampai Terpaksa Tutup

Read Next

Jual Motor Ayah Nak Beli Tiket Flight Jumpa BF, Sekali Kena Tipu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *