Misteri Mumia Menjerit Akhirnya Terjawab

Korang ingat lagi tak pasal mumia menjerit yang dikatakan mati dalam keadaan kejam.

Masa mumia ni ditemui pada abad ke-18, pakar arkeologi memang terkejut tengok keadaan mulut mumia tu yang herot berot seolah-olah macam tengah menjerit kesakitan. 

Bak kata salah seorang arkeologi, Dr Bon Brier, macam ada dua kuasa berbeza cuba buat sesuatu ke atas mumia tu. Yang mana salah satu cuba untuk hapuskannya dan satu lagi cuba untuk peliharanya.

Salah seorang Ahli Majlis Antikuiti Tertinggi Mesir, Dr Zahi Hawass pula percaya yang mumia tu adalah putera raja yang telah memalukan keluarga sebab dia dikebumikan dengan kerabat lain tapi diselimutkan dengan kulit biri-biri.

Kredit: Cairo University

Bawa maksud masa mumia ni hidup, dia dah buat sesuatu yang buruk. Kulit biri-biri tu dipercayai sebagai penghalang untuk mumia ni tak dibangunkan di akhirat (afterlife) tapi dalam masa yang sama ada yang cuba ambil berat pasal mumia ni.

Ada ahli arkeologi cakap yang mumia ni milik Putera Pentewere, iaitu anak lelaki Firaun Ramses III dengan salah seorang isterinya iaitu Tiye. Pentewere dikatakan pernah merancang untuk bunuh ayah dia tapi tak berjaya.

Raja Lepak

Read Previous

Selama Ni Dah Salah Sangka, Buaya Jantan Rupanya Setia Pada Yang Satu

Read Next

Punyalah Nak Balik Kampung, Rakyat Indonesia Gigih Naik Rakit Elak Roadblock

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *