Selama Ni Dah Salah Sangka, Buaya Jantan Rupanya Setia Pada Yang Satu

Asal lelaki hidung belang je, mesti kita akan panggil dia buaya. Tak tahulah mula daripada mana, tapi istilah buaya darat dah sinonim rujuk pada lelaki yang gatal dan suka pasang ramai. 

Tapi korang tahu tak sebenarnya selama ni kita dah salah sangka? Buaya jantan ni rupanya haiwan yang paling setia pada pasangannya!

Kredit: Kompas TV

Kalau pasangannya, buaya betina mati, buaya jantan tak akan cari betina lain. Dorang ni lagi suka habiskan sisa hidupnya sendiri.

Malah buaya jantan ni juga dikenali sebagai haiwan yang sangatlah protective. Bila buaya betina tengah bertelur, buaya jantan ni akan ready jaga sarang dorang daripada diceroboh pemangsa.

Kredit: YouTube Reptile’s Story

Kalau korang tanya mana bukti saintifik yang kata buaya ni setia, korang boleh baca jurnal Loyal Alligators Display Mating Habits Of Birds (2008) terbitan kumpulan penyelidikan Rockfeller Wildlife Refuge (RWR).

Btw, dengar cerita harga buaya boleh cecah sampai RM60,000 seekor. Ada yang  berminat nak tukar kerjaya atau buat part time ke?

Read Previous

Comel Tapi Garang, Ini Fakta Menarik Pasal Burung Malas

Read Next

Misteri Mumia Menjerit Akhirnya Terjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *