Comel Tapi Garang, Ini Fakta Menarik Pasal Burung Malas

Korang pernah dengar tak pasal burung malas? Okey hari ni CT nak share sikit pasal burung yang dah termasuk dalam spesis hampir pupus ni.

Untuk pengetahuan korang, burung malas ni juga dikenali sebagai burung paruh katak (large frogmouth) yang selalu boleh korang jumpa dekat hutan bukit Malaysia, Brunei dan Indonesia. Ada juga yang panggil burung ni sebagai burung segan besar.

Sebab apa burung ni dipanggil sebagai burung malas? Sebab dia malas nak bina sarang dia. Bertelur asal ada tempat je. Atas tanah baik daun pun boleh.

Kalau dia duduk dalam hutan yang banyak daun kering, memang susah sangat nak bezakan sebab bulu dia pun dah macam daun kering. Jadi penyamaran boleh dilakukan.

Iya, burung ni memang comel. Tapi jangan main-main dia punya garang. Boleh jadi macam orang perempuan masa lapar. ;p

Dengan saiz sebanyak 37cm, korang boleh nampak beza burung malas dengan burung hantu daripada segi bentuk kepala burung malas yang lebih bulat. Yang paling unik, bunyi burung ni macam bunyi orang bersin dalam flight ‘kee-aw kee-aw’.

Tengok anak dia lagilah comel! Eii, geram.

Korang kalau jumpa burung malas ni janganlah tangkap dan bela pulak. Sebab ianya haiwan dah nak pupus dan bukan tergolong dalam haiwan yang boleh dipelihara.

Read Previous

Parodi Tergantung Sepi Versi Kertas Siasatan Buat Netizen Terhibur

Read Next

Selama Ni Dah Salah Sangka, Buaya Jantan Rupanya Setia Pada Yang Satu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *