Parodi Tergantung Sepi Versi Kertas Siasatan Buat Netizen Terhibur

Raya dah nak dekat, tapi rentas negeri masih tak dibenarkan untuk elakkan penularan wabak COVID-19 menular lagi ke seluruh pelosok negara.

Tapi ada beberapa isu yang bawa kepada khabar angin yang mana antara golongan rakyat biasa dengan rakyat marhaen ada perbezaan layanan.

Mungkin berang dengan situasi yang berlaku, seorang netizen, DD Chronicle cuba hiburkan netizen Malaysia ni dengan buat lagu cover Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli yang bertajuk Kertas Siasatan.

(PARODI) Tergantung Sepi (Cover) – Kertas Siasatan*Yg belum follow page ni silakan follow ye. #selamatberpuasaSaya…

Posted by Dd Chronicle on Wednesday, April 21, 2021

Yang paling menghiburkan tentulah lirik-lirik dia yang mana kalau korang baca dekat ruangan komen, masing-masing puji mesej yang nak disampaikan tu kena tepat pada netizen.

Bikin dekah betul, terutamanya part lirik, “Ku cubo husnuzonkan diri namun termaki jua.”

Syahdu betul nyanyiannya sampaikan rasa nak menangis bila dengar. Member yang menyanyi pun nampaklah frust sampai tercabut habis rambut palsu dia bila sampai part tarik dekat ending.

Haih, moga sama-samalah kita jaga SOP supaya kes harian yang dicatatkan makin turun dan kebenaran rentas negeri pun dapat diberikan.

Rindunya mak ayah dekat kampung! T-T

Read Previous

Kedai Markup Harga Y16ZR Sampai RM13,000, Dahulukan Loan Dari Cash

Read Next

Comel Tapi Garang, Ini Fakta Menarik Pasal Burung Malas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *