Punyalah Nak Balik Kampung, Rakyat Indonesia Gigih Naik Rakit Elak Roadblock

Punyalah gigih nak balik kampung sambut raya, anak perantauan dekat Indonesia sanggup gigih gunakan jalan sungai semata-mata nak elak roadblock.

Dorang akan naik rakit atau pun perahu yang buat perkhidmatan hantar pulang anak perantauan yang tetap semangat nak pulang ke kampung walaupun kerajaan dah buat larangan untuk merentas kawasan.

Kredit: FMT

Servis yang tawarkan khidmat pulang raya dengan rakit ni pun dah panjangkan masa operasi dorang kepada 24 jam. Maknanya penduduk yang nak guna khidmat dorang ni boleh je guna bila-bila masa yang dorang rasa dorang nak.

Kredit: Jabar News

Biasanya kalau hari raya, Indonesia akan jem teruk sampaikan ada masa yang mana orang berhari-hari hadap jem atas jalan raya. Tapi bila dah kena sekatan, memanglah tak jem. Cumanya tak boleh nak balik kampunglah jawabnya.

Walaupun memang menarik cadangan nak balik kampung guna jalan air ni nak digunakan, tapi kena ingat jugak yang perbuatan ni membahayakan semua orang bukan je dekat diri korang sendiri tapi juga diri mak ayah dan orang kampung.

Kredit: Jabar News

Hmm, nak buat cemana. Tahan jelah rindu yang ada walaupun hati ni menangis meronta rindukan mak ayah dekat kampung.

Moga cepatlah wabak ni berakhir!

Raja Lepak

Read Previous

Misteri Mumia Menjerit Akhirnya Terjawab

Read Next

5 Cara Jadikan Syawal Lebih Bermakna Walaupun #RayaPKP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *